Saturday, 29 March 2014

mainan tidur... "bermimpi hari kiamat"

assalamualaikum..
 tasya terpanggil untuk menulis mengenai mimpi yang tasya alami semalam dan sebelum ni. malam tadi, dah kali kedua tasya mimpi seolah-olah hari kiamat.

dalam mimpi pertama tasya, tak ingat bila, tp dalam tahun ni jugak la. masa tu, tasya kat tanah perkuburan. ramai suara menjerit merayu-rayu, menjerit kesakitan. paling banyak sekali, suara perempuan. di depan tasya, ada 1 lubang kubur, tasya dan beberapa orang lagi (semua perempuan) handak dimasukkan dalam lubang tu. siap dikafan kan lagi. tasya menangis.. tak tahu nak buat apa. Allah.. apa salah ku. Allah, aku belum sempat bertaubat. Allah, ampunkan la aku. beri la aku satu peluang. Allah, aku merayu padaMU YA ALLAH.. dan tiba-tiba, tasya di keluarkan dari dalam liang lahad. tasya diberikan peluang !! peluang untuk bertaubat.. Allah... dan perempuan-perempuan yang sama-sama di masukkan dalam liang lahad tadi, tasya lihat mereka menjerit-jerit meminta tolong.. tapi..DUSH!!! tasya terbangun.. terdiam seketika. lihat dinding. cepat-cepat tutup mata sebab tak nak ingat. ngeri... hmmmm :(


malam tadi, tasya mimpi lagi. masa tu, tasya kat satu tempat. tinggi. tiba-tiba, tasya nampak semua orang berlari menuju kearah kami. mereka jerit-jerit, banjir.. banjir.. tasya lihat, air naik ke darat. mula-mula sikit. lepastu makin tinggi. habis daratan ditenggelami air. dan air tu semakin tinggi. tinggi, dan tinggi.. semua orang berlari menyelamatkan barang-barang mereka. ada yang tidak sempat menyelamatkan diri, hilang dibawa air. air makin naik. sikit lagi, hanya beberapa cm dari kaki tempat tasya berpijak.. Allah, kenapa ni. takutnya. tak nak mati !!!! dan, dan... tiba-tiba air tu hilang. dan muncul sekumpulan manusia seperti sepasukan tentera. ramai sangat. memakai baju yang sama. mereka beratur, dan segera sujud sambil menyebut ALLAHUAKHBAR.. ALLAHUAKHBAR.. tasya dan lain-lain ketakutan. kami pun ikut bersujud seperti sedang solat.. Allahuakhbar, Allahuakhbar. AMPUNKAN LA KAMI YA ALLAH, AMPUNKAN LA KAMI YA ALLAH....... dan tasya pun, terbangun. mcam biasalah. kalau mimpi yang ngeri sikit, mesti tutup mata cepat-cepat tak nak ingat.. huhuhuhu...

walaupun, mimpi itu mainan tidur, tapi, perasaan tasya ketika itu, seperti betul-betul terjadi.. hmmm.. mungkinkan ini amaran untuk tasya bertaubat ? tasya tahu, tasya hamba yang lalai. banyak buat dosa. tak tunaikan perintah Allah. tasya kongsikan cerita ini, hanya la untuk renungan sahaja. tak nak percaya, tak apa. tapi, satu pesanan tasya, marilah kita sama-sama memohon keampunan dar ALLAH S.W.T . mungkin, dalam mimpi, kita boleh merayu-rayu, minta diberikan pelunag sekali lagi, tetapi, jika benar-benar terjadi ??? adakah peluang itu akan diberi ?? ALLAHUAKHBAR...


"Ya Allah ya tuhan ku. sesungguhnya, engkau la maha pengampu, maha pengasihani.. ampunkan la kami ya Allah. lindungi la kami . jauhilah kami dari fitnah dajjal. amin.. "