Saturday, 29 March 2014

mainan tidur... "bermimpi hari kiamat"

assalamualaikum..
 tasya terpanggil untuk menulis mengenai mimpi yang tasya alami semalam dan sebelum ni. malam tadi, dah kali kedua tasya mimpi seolah-olah hari kiamat.

dalam mimpi pertama tasya, tak ingat bila, tp dalam tahun ni jugak la. masa tu, tasya kat tanah perkuburan. ramai suara menjerit merayu-rayu, menjerit kesakitan. paling banyak sekali, suara perempuan. di depan tasya, ada 1 lubang kubur, tasya dan beberapa orang lagi (semua perempuan) handak dimasukkan dalam lubang tu. siap dikafan kan lagi. tasya menangis.. tak tahu nak buat apa. Allah.. apa salah ku. Allah, aku belum sempat bertaubat. Allah, ampunkan la aku. beri la aku satu peluang. Allah, aku merayu padaMU YA ALLAH.. dan tiba-tiba, tasya di keluarkan dari dalam liang lahad. tasya diberikan peluang !! peluang untuk bertaubat.. Allah... dan perempuan-perempuan yang sama-sama di masukkan dalam liang lahad tadi, tasya lihat mereka menjerit-jerit meminta tolong.. tapi..DUSH!!! tasya terbangun.. terdiam seketika. lihat dinding. cepat-cepat tutup mata sebab tak nak ingat. ngeri... hmmmm :(


malam tadi, tasya mimpi lagi. masa tu, tasya kat satu tempat. tinggi. tiba-tiba, tasya nampak semua orang berlari menuju kearah kami. mereka jerit-jerit, banjir.. banjir.. tasya lihat, air naik ke darat. mula-mula sikit. lepastu makin tinggi. habis daratan ditenggelami air. dan air tu semakin tinggi. tinggi, dan tinggi.. semua orang berlari menyelamatkan barang-barang mereka. ada yang tidak sempat menyelamatkan diri, hilang dibawa air. air makin naik. sikit lagi, hanya beberapa cm dari kaki tempat tasya berpijak.. Allah, kenapa ni. takutnya. tak nak mati !!!! dan, dan... tiba-tiba air tu hilang. dan muncul sekumpulan manusia seperti sepasukan tentera. ramai sangat. memakai baju yang sama. mereka beratur, dan segera sujud sambil menyebut ALLAHUAKHBAR.. ALLAHUAKHBAR.. tasya dan lain-lain ketakutan. kami pun ikut bersujud seperti sedang solat.. Allahuakhbar, Allahuakhbar. AMPUNKAN LA KAMI YA ALLAH, AMPUNKAN LA KAMI YA ALLAH....... dan tasya pun, terbangun. mcam biasalah. kalau mimpi yang ngeri sikit, mesti tutup mata cepat-cepat tak nak ingat.. huhuhuhu...

walaupun, mimpi itu mainan tidur, tapi, perasaan tasya ketika itu, seperti betul-betul terjadi.. hmmm.. mungkinkan ini amaran untuk tasya bertaubat ? tasya tahu, tasya hamba yang lalai. banyak buat dosa. tak tunaikan perintah Allah. tasya kongsikan cerita ini, hanya la untuk renungan sahaja. tak nak percaya, tak apa. tapi, satu pesanan tasya, marilah kita sama-sama memohon keampunan dar ALLAH S.W.T . mungkin, dalam mimpi, kita boleh merayu-rayu, minta diberikan pelunag sekali lagi, tetapi, jika benar-benar terjadi ??? adakah peluang itu akan diberi ?? ALLAHUAKHBAR...


"Ya Allah ya tuhan ku. sesungguhnya, engkau la maha pengampu, maha pengasihani.. ampunkan la kami ya Allah. lindungi la kami . jauhilah kami dari fitnah dajjal. amin.. "

Monday, 6 January 2014

hamsterku melahirkan anak

kemarin, bersamaan 6 jan 2014, lahirlah keluarga baru dalam family aku.. my hamster selamat melahirkan 6 ekor anak. huhuhuhu.. panik sekejap.. tekejut beruk nampak tiba-tiba hamster aku dah beranak.. da la tak ada pengalaman.. yang aku tak boleh terima, aku ragu-ragu  selama ni samaada dia mengandung atau tak. sebab sebelum ni, aku ada bagitau hubby aku mungkin hamster betina tu mengandung. hubby cakap bukan. hamster tu just gemuk. sebab itulah nampak besar.. erghhhhh.. kan masin mulut aku..

nak dijadikan story, masa tu, aku pelik.hamster dalam kandang tu bising. hamster jantan and betina tu asyik gaduh jer.. memang la mula-mula aku malas peduli. tapi kesian pulak nak dibiarkan.. aku ringgankan la kaki aku menjengguk mereka.. aku nampak ada darah dekat mulut hamster jantan yang aku panggil kimtan.. laaaaa... begaduh sampai bedarah la pulak.. aku panggil-panggil hamster betina (yong shin) yang masa tu menyorok dalam rumah diorang. takut kena marah la tuuuu. ingatkan nak bagi ceramah free kat dia. gaduh-gaduh pun, agak-agak la sampai cederakan laki dia. huh.. memang nak kena ni.. masa aku belek-belek c yongshin tu, tiba-tiba aku macam nak pitam ada objek merah-merah dengan dia.. rupanya baby dia laaaa.. alamak. aku pun panik la. tak tau nak buat apa.. masa tu, aku ingat masa buat search kat internet, kalau hamster melahirkan anak, hamster jantan tak boleh ada sama sebab dia akan makan baby hamster tu.. oooo myyyy.. mungkinkan darah di mulut kimtan itu disebabkan dia dah lahap anaknya sendiri.. aku terus cepat-cepat buka sangkar dan ambik tin kosong lalu aku campak jer kimtan masuk dalam tin tu.. uhuhuhu.. dalam kepala aku mesti dah mati dah baby hamster tu kena makan.. apa nak buat ni.. aku cuba tenangkan diri dan ambik kain, terus tutup sangkar tu, tuk bagi gelap supaya c yongshin ni tak makan anak dia terus. dalam hati balik-balik berdoa minta-minta la baby hamster tu ada yang hidup.. huhuhuhu.. aku biarkan seketika dalam 2 jam macam tu.. aku takut nak tengok kat dalam sangkar, nanti yongshin rasa terancam, dia gigit lagi anak dia, hah, kan naya tuuuu... masa tu aku tak tau lagi berapa ekor baby hamster yang ada.. aku ambik telefon, col hubby, tapi dia tak angkat fon.. hampeh... hubby ada exam masa tu.. jadi aku sorang-soranglah yang terpaksa menanggung semua ini. huhuhu.. perasaan masa tu, jangan cakap laa.. mengalahkan hamster yang beranak. punyalah nervous gila... duduk pun tak tenang.. lepas dua jam macam tu, aku cuba la intai-intai dalam sangkar, oooo mak kau.. aku kira-kira, ada enam ekor baby hamster.. syukur.... masih hidup.. gembiranya aku masa tu hanya Allah yang tahu.. huhuhu... ni gambar baby hamster tu. tak jelas sangat sebab aku takut nak dekat.
baby hamster yang baru lahir

mintak-mintaklah hamster ni hidup sampai besar. hmmmm... sebab aku ada baca jugak, jarang sangat hamster ni akan hidup sebab banyak yang tak leh survive .. huhuhu... harap-harap tak la. oky la, nanti aku updated lagi. oka bai..


alamak, lupa. kimtan pun selamat. tapi kesian la. kena duduk dalam tin. huhuhu.. sabar ya kimtan nanti mami belikan u sangkar baru.. :)